Wednesday, May 5, 2010
Monday, March 29, 2010
MINGGU KEMPEN ANTI DADAH PERINGKAT SK.LOHAN RANAU BAGI 2010
Isnin , 29 Mac 2010.Jam 10.20pagi.
Guru Besar SK.Lohan,Ranau En.Adnan Hamid telah melancarkan minggu kempen anti-dadah bagi peringkat sekolah. Ketua Unit PPDa SK.Lohan iaitu Ust.Mohd Azril Salleh menyatakan bahawa unit beliau akan menganjurkan pelbagai aktiviti pada sepanjang minggu ini. Antaranya ialah pertandingan boria, deklamasi sajak anti-dadah, melukis poster dan lain-lain lagi.
Ceramah Khas dan tayangan slaid tentang anti-dadah disampaikan oleh En.Japirin Gibot Ketua Unit
Disiplin dan Tatatertib SK.Lohan,Ranau.
Ketua Unit PPDa SK.Lohan di bawah PK HEM.
Guru Besar SK.Lohan,Ranau yang sedang berucap.
Jangan sesekali dekati dadah.....kerana dadah ialah musuh utama negara.
Tuesday, February 2, 2010
PETANI DI KAMPUNG MARAKAU DAN KG. KITUNTUL LAMA HADAPI RISIKO KEMUSNAHAN TANAMAN PADI EKORAN DARIPADA KEROSAKAN SALUT AKIBAT BANJIR SG.LIWAGU
02 FEBRUARI 2010
Seramai lebih 80 buah keluarga petani akan menghadapi risiko kerugian tanaman padi yang seluas beratus ekar kerana tanaman padi tidak mendapat air akibat daripada kemusnahan parit saliran atau salut yang telah dihakis oleh banjir besar Sg.Liwagu beberapa minggu lepas.
Jika pihak berkuasa tidak mengambil langkah segera untuk menyalurkan peruntukan kepada pesawah-pesawah terbabit bagi membaiki salut tersebut maka jawapannya ialah ramai keluarga terpaksa mendapatkan beras yang tidak mampu mereka beli dari kedai di Pekan Ranau pada tahun ini.
Pengerusi JKKK Kg.Marakau, sdr.Galihun Alantas menyatakan bahawa nilain kerosakan yang telah dibuat oleh JPS Ranau adalah amat serius dan memerlukan dana yang besar bagi membaiki kerosakan tersebut. Difahamkan juga bahawa pihak JPS tidak mempunyai dana sebesar itu bagi membantu petani dari kedua-dua kampung tersebut.
Diharapkan kepada ADUN kawasan Paginatan dan MP Ranau dapat memantau masalah ini bagi membantu rakyat yang ditimpa masalah.
JKKK Kg.Marakau akan mengadakan satu perjumpaan dengan semua pesawah terlibat pada 03/03/2010 hari Rabu jam 02.00pm bertempat di rumah En.Samin di Dambalang. Semua yang terlibat dialu-alukan hadir bagi membincangkan cara penyelesaian masalah tersebut.

Subscribe to:
Posts (Atom)