02 FEBRUARI 2010
Seramai lebih 80 buah keluarga petani akan menghadapi risiko kerugian tanaman padi yang seluas beratus ekar kerana tanaman padi tidak mendapat air akibat daripada kemusnahan parit saliran atau salut yang telah dihakis oleh banjir besar Sg.Liwagu beberapa minggu lepas.
Jika pihak berkuasa tidak mengambil langkah segera untuk menyalurkan peruntukan kepada pesawah-pesawah terbabit bagi membaiki salut tersebut maka jawapannya ialah ramai keluarga terpaksa mendapatkan beras yang tidak mampu mereka beli dari kedai di Pekan Ranau pada tahun ini.
Pengerusi JKKK Kg.Marakau, sdr.Galihun Alantas menyatakan bahawa nilain kerosakan yang telah dibuat oleh JPS Ranau adalah amat serius dan memerlukan dana yang besar bagi membaiki kerosakan tersebut. Difahamkan juga bahawa pihak JPS tidak mempunyai dana sebesar itu bagi membantu petani dari kedua-dua kampung tersebut.
Diharapkan kepada ADUN kawasan Paginatan dan MP Ranau dapat memantau masalah ini bagi membantu rakyat yang ditimpa masalah.
JKKK Kg.Marakau akan mengadakan satu perjumpaan dengan semua pesawah terlibat pada 03/03/2010 hari Rabu jam 02.00pm bertempat di rumah En.Samin di Dambalang. Semua yang terlibat dialu-alukan hadir bagi membincangkan cara penyelesaian masalah tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.